Program Halatuju Pelajar Orang Asli Bersama POLYCC (Politeknik & Kolej Komuniti)

PROGRAM HALATUJU PELAJAR ORANG ASLI BERSAMA POLYCC (Politeknik & Kolej Komuniti).

Anda pelajar lepasan SPM?
Anda ingin menyambung pengajian peringkat yang lebih tinggi tetapi tidak tahu di mana?
Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia menawarkan kepada pelajar lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti pelbagai jenis kursus kemahiran di 36 buah Politeknik dan 104 buah Kolej Komuniti di seluruh negara. Sesi yang akan datang adalah kemasukan sesi Disember 2020 dan Jun 2021.
Anda boleh hubungi JAKOA Negeri untuk bantuan atau mengisi sendiri borang permohonan kemasukan melalui ambilan.mypolycc.edu.my.
Sila layari http://www.mypolycc.edu.my/index.php untuk maklumat lebih lanjut. Jangan lepaskan peluang ini!
Kemaskini Terakhir : 3 / 04 / 2021 12:00 AM