PROGRAM JANGKAUAN PARLIMEN: BENGKEL PEMANTAPAN BELIA ORANG ASLI TAHUN 2023

Pusat Latihan JAKOA Damansara Damai, 28/10/2023-
Ketua Pengarah JAKOA, YBhg. Datuk Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor telah menyampaikan taklimat dan mengadakan sesi soal jawab bersama peserta Program Jangkauan Parlimen: Bengkel Pemantapan Belia Orang Asli Tahun 2023.
 
Program yang julung kali diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada belia Orang Asli mengenai Institusi Parlimen Malaysia dan sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia.
 
Program ini diadakan dengan usahasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan melibatkan peserta yang terdiri daripada mahasiswa Orang Asli yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Melalui pelaksanaan program ini, ia dapat melahirkan belia yang bersemangat patriotik dan aktif berpartisipasi sekaligus bertepatan dengan matlamat Dasar Pembangunan Belia Negara.
 
Turut hadir serta pada sesi taklimat ini adalah YB Dato’ Ramli Bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Cameron Highlands.
Kemaskini Terakhir : 6 / 11 / 2023 10:36 AM