GOMBAK, 21 April 2022 – Satu program ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’ anjuran Unit Perpustakaan Orang Asli, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKOA telah diadakan di Perpustakaan JAKOA, Batu 12 Jalan Gombak pada hari Khamis, 20 April 2022. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini telah disertai oleh lebih kurang 50 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak Tadika KEMAS Orang Asli Gombak Batu 12, Jln. Gombak dan para ibu bapa.
Program yang dianjurkan bertujuan untuk menyahut seruan Perpustakaan Negara Malaysia yang berlangsung serentak pada setiap tahun. Ia adalah salah satu Program Galakkan Membaca bertujuan memupuk minat membaca di kalangan Kanak-Kanak Masyarakat Orang Asli.
Antara aktiviti yang dianjurkan adalah seperti Pertandingan Mewarna oleh peserta kanak-kanak dan Kuiz Teka Silang Kata disertai oleh orang dewasa. Seterusnya, para peserta mendengar sesi ‘Story Telling’ yang disampaikan oleh Puan Mimizairul Murni binti Mohd Salleh.
Program berakhir dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar. Program berakhir pada jam 2.00 petang.