Program Jom Sihat Bersama Parlimen Tambun di Kg. Chadak, Ulu Kinta

Kg. Chadak, Ulu Kinta, 20 Oktober 2019 – Jabatan Kesihatan Daerah Kinta telah menganjurkan Program Jom Sihat Bersama Parlimen Tambun. Program ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal b. Dato’ Azumu, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan yang hadir Bersama isteri, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin bt Mohamed Radzi.
Pelbagai acara sukan seperti tarik tali, tarik upih pinang, bawa bola ping pong, sepak raga bulatan, pameran dari agensi dan pemeriksaan kesihatan sebagai pengisian program. Turut hadir ke program ini ialah Encik Harulnizam b. Abd Rahman, Pengarah Jakoa Negeri Perak dan Kedah, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Kinta, Encik Johari b. Zakaria, Pengurus RPS Ulu Kinta, Encik Syed Mubarak Aswad b. Syed Husin serta kakitangan Jakoa Daerah Kinta & Kampar.

Kredit Foto: Pengurus RPS Ulu Kinta

#jabatanperdanamenteri
#jakoa
#jakoaperakkedah
#programjomsihat
#tugasmulia

Kemaskini Terakhir : 22 / 10 / 2019 04:10 AM