Program Kempen Kesedaran dan Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Bersama Masyarakat Orang Asli Peringkat Daerah Hulu Selangor

28 April 2021, Kg. Orang Asli Sungai Jang Hulu Selangor – Program Kempen Kesedaran dan Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Bersama Masyarakat Orang Asli Peringkat Daerah Hulu Selangor.
 
Program yang dianjurkan oleh JAKOA Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama Pejabat Kesihatan dan Pejabat Penerangan Daerah Hulu Selangor telah diadakan di Dewan Kg. Orang Asli Sungai Jang, Hulu Selangor. Seramai hampir 20 orang wakil setiap isi rumah telah hadir untuk mendengar dan mengikuti program tersebut.
 
Program dimulakan dengan taklimat dan penerangan berkenaan dengan Vaksinasi Covid-19 daripada Dr. Hema dari Pejabat Kesihatan Daerah dan kemudian disusuli dengan taklimat berkenaan dengan SOP dan Norma Baru dari En.Amir Rithauddin Bin Roslan Pegawai Penerangan Daerah.
 
Turut hadir sama pada program adalah En. Azri A/L Satun Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Hulu Selangor yang menerangkan berkenaan pendaftaran Vaksinasi Covid-19 dan En. Muhammad Arif Bin Salut Tok Batin Kg Orang Asli Sungai Jang. Sesi berakhir dengan pendaftaran Vaksinasi Covid-19 secara manual.
 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
Kemaskini Terakhir : 28 / 04 / 2021 07:44 AM