Program Kesedaran Covid-19 dan Kempen Pembudayaan Norma Baharu Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Husin, Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak

16 Oktober 2020 (Jumaat), Kampung Husin, Sungai Siput Kuala Kangsar – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak dan Kedah telah mengadakan Program Kesedaran Covid-19 dan Kempen Pembudayaan Norma Baharu Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Husin, Jalong Tinggi, Sungai Siput, Perak.
Pengisian program ini adalah berbentuk Ceramah tentang Kesedaran Covid-19 sempena Kempen Pembudayaan Norma Baharu, Ceramah pencegahan penyakit TIBI dan Taklimat serta pendaftaran PEKA B40. Turut diadakan juga latihan amali membasuh tangan dengan cara yang betul dan pemeriksaan serta pemantauan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.
Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah, Tuan Harulnizam bin Abd Rahman dalam ucapan perasmian memaklumkan bahawa program ini merupakan satu inisiatif bagi menyalurkan maklumat secara terus kepada masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman dan menghadapi kesukaran menerima maklumat tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan mencegah diri dari wabak pandemik Covid-19.
Selain itu, beliau juga menegaskan agar masyarakat Orang Asli sentiasa mematuhi dan mengamalkan SOP penjagaan kesihatan dan keselamatan diri seperti menjalani saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup separuh muka (face mask) dan pensanitasi tangan (hand sanitizer)serta kerap mencuci tangan dari semasa ke semasa mengikut saranan dari pihak KKM. Beliau juga turut sama menyampaikan simbolik penyerahan sumbangan kid kesihatan berbentuk face mask, hand sanitizer serta sabun antibakteria kepada seluruh ketua isi rumah di kampung tersebut.
Program ini juga turut mendapat kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar diwakili oleh pasukan kesihatan iaitu Dr Jayaseelan A/L Sekaran dan Dr Nasibah binti Abu Bakar. Hadir sama PKOAD Kuala Kangsar, Encik Mohd Azli bin Zain Rashid dan Ketua Unit PMK, Cik
Nor Laila Johari
.
Kemaskini Terakhir : 17 / 11 / 2020 12:00 AM