Program Kesedaran COVID-19 dan Norma Baharu bersama masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Kejar Daerah Hulu Perak

Hulu Perak, 19-20 September 2020 – Atas rasa tanggungjawab dan prihatin bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 yang melanda negara, JAKOA Negeri Perak & Kedah dengan kerjasama JAKOA Daerah Hulu Perak & Baling telah merangka dan mengaturkan penganjuran Program Kesedaran COVID-19 dan Norma Baharu bersama masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Kejar Daerah Hulu Perak.
Inisiatif program ini bertujuan untuk mendidik dan memupuk kesedaran kawalan kendiri di kalangan masyarakat Orang Asli khususnya penduduk Kg Sungai Kejar untuk mengamalkan kebersihan diri yang tinggi bagi mengelakkan penyakit yang berbahaya di samping menggalakkan pembudayaan norma baharu.
Dalam program ini juga, Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah, Tn Harulnizam Abd Rahman turut berbesar hati menyampaikan sijil pelantikan watikah kepada Batin Kg Sg Kejar di samping membuat penyerahan pelitup muka (face mask) dan pensanitasi tangan (hand sanitizer) untuk kegunaan penduduk kampung berkenaan dalam usaha meningkatkan kesedaran. Program yang bermula pada 19 September ini turut memberi peluang dan ruang kepada pegawai-pegawai kanan yang terdiri daripada warga pendidik dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendekati dan merasai sendiri denyut nadi masyarakat Orang Asli melalui tinjauan dan lawatan di penempatan kawasan sekitar.

Hadir sama, Puan Norizan Mohd Zain, Ketua Unit Ekonomi Sosial, Cik

Nor Laila Johari, Ketua Unit PMK, Puan Seri Purwanti Zainal Abidin, Ketua Unit Pentadbiran & Kewangan seterusnya warga kerja JAKOA Perak di peringkat negeri dan daerah.
Foto : Aril_AZ
Kemaskini Terakhir : 23 / 10 / 2020 12:00 AM