Program Kesedaran Dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli mengenai bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara intensif.

Dewan Merdeka,Tapah , 8 Ogos 2020 – Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Yang berusaha Ketua Pengarah Prof.Dr Juli a/l Edo bersama Kementerian Sumber Manusia Yang Berhormat Datuk Seri M.Saravanan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan melaksanakan Program Kesedaran Dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli mengenai bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara intensif.
Program yang sebelum ini diadakan di Cameron Higland bermula Januari tahun ini dan ia berjaya menarik minat masyarakat Orang Asli seramai 46 Orang Asli dan untuk meneruskan pengajian di institu latihan perindustrian dan diteruskan lagi di Daerah Tapah Perak. Selain itu, lawatan tapak pameran JAKOA turut diadakah di luar Dewan Merdeka Tapah.
Turut hadir Tuan Harulnizam bin Abd Raham Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Encik Shahul Hameed Dawood, Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Sunday, August 9, 2020
Kemaskini Terakhir : 13 / 05 / 2022 10:40 AM