Program Kesedaran Pandemik Covid-19 Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Ulu Geroh, Gopeng, Perak

24 OKTOBER 2020 (Sabtu), Kampung Ulu Geroh, Gopeng, Perak – Program Kesedaran Pandemik COVID-19 Bersama Masyarakat Orang Asli.
 
Pihak JAKOA Negeri Perak telah mengadakan program ini atas rasa tanggungjawab dan prihatin bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 yang melanda negara, JAKOA Negeri Perak & Kedah dengan kerjasama JAKOA Daerah Kinta & Kampar telah merangka dan mengaturkan penganjuran Program Kesedaran COVID-19 dan Norma Baharu bersama masyarakat Orang Asli Kampung Ulu Geroh, Gopeng, Perak.
 
Inisiatif program ini bertujuan untuk mendidik dan memupuk kesedaran kawalan kendiri di kalangan masyarakat Orang Asli untuk mengamalkan kebersihan diri yang tinggi bagi mengelakkan penyakit yang berbahaya di samping menggalakkan pembudayaan norma baharu.
 
Turut hadir pada program ini Ketua Pengarah, YBhg.Prof.Dr.Juli a/l Edo, Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah, Tn Harulnizam bin Abd Rahman dan Pengarah Hospital Orang Asli Perak, Dr.Izandis.
 
Di samping itu pihak JAKOA juga membuat Penyampaian bakul makanan seramai 159 KIR dan juga membuat penyerahan pelitup muka (face mask) dan pensanitasi tangan (hand sanitizer) untuk kegunaan penduduk kampung berkenaan dalam usaha meningkatkan kesedaran.
Kemaskini Terakhir : 26 / 11 / 2020 12:00 AM