Program Kesedaran Pandemik COVID-19 di Kampung Ulu Kampar, Gopeng, Perak

25 OKTOBER 2020 (Ahad), Kampung Ulu Kampar, Gopeng, Perak – Program Kesedaran Pandemik COVID-19.
 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Perak dan Kedah telah mengadakan Program Kesedaran Covid-19 dan Kempen Pembudayaan Norma Baharu Bersama Masyarakat Orang Asli Kampung Ulu Kampar, Gopeng, Perak.
 
Pengisian program ini adalah berbentuk Ceramah tentang Kesedaran Covid-19 sempena Kempen Pembudayaan Norma Baharu.
 
Turut hadir pada program ini Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah, Tuan Harulnizam bin Abd Rahman dan ucapan perasmian memaklumkan bahawa program ini merupakan satu inisiatif bagi menyalurkan maklumat secara terus kepada masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman dan menghadapi kesukaran menerima maklumat tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan mencegah diri dari wabak pandemik Covid-19.
 
Selain itu, beliau juga menegaskan agar masyarakat Orang Asli sentiasa mematuhi dan mengamalkan SOP penjagaan kesihatan dan keselamatan diri seperti menjalani saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup separuh muka (face mask) dan pensanitasi tangan (hand sanitizer)serta kerap mencuci tangan dari semasa ke semasa mengikut saranan dari pihak KKM. Beliau juga turut sama menyampaikan simbolik penyerahan sumbangan kid kesihatan berbentuk face mask, hand sanitizer serta sabun antibakteria kepada seluruh ketua isi rumah di kampung tersebut dan penyampaian bakul makanan juga turut diserahkan sebanyak 93 KIR.
Kemaskini Terakhir : 26 / 11 / 2020 12:00 AM