Program Kesejahteraan Keluarga & Pembangunan Minda Kesihatan Masyarakat OA Daerah Batu Pahat, Johor 2022

25 Februari 2022, Batu Pahat – Program Kesejahteraan Keluarga Dan Pembangunan Minda Kesihatan Masyarakat Orang Asli Daerah Batu Pahat, Johor telah diadakan di Perkampungan Orang Asli Kampung Dalam, Parit Sulong.
 
Program ini telah disempurnakan oleh Yb Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar. 
 
Turut hadir di dalam program ini Ketua Setiausaha KPLB Dato’ Ramlan Bin Harun, Encik Saiful Zahlan Bin Muhamad Azmi, Timbalan Ketua Pengarah JAKOA (Pengurusan) serta Encik Faisal Bin Long, Pengarah JAKOA Negeri Johor.
 
Pelbagai acara yg diadakan sepanjang program berlangsung seperti program Booster Vaksin kepada MOA di bawah Maraliner, Sukaneka, Demontrasi Makanan dan sebagainya.
 
Kemaskini Terakhir : 25 / 03 / 2022 12:00 AM