Program Kesihatan di Perkampungan Orang Asli Cheros, Pos Telanok. Program ini telah dirasmikan Oleh Pegawai Kesihatan Daerah Cameron Highlands, Pahang.

5 September 2020 | Sabtu | Program Kesihatan ini diadakan diperkampungan Orang Asli Cheros, Pos Telanok. Program ini telah dirasmikan Oleh Pegawai Kesihatan Daerah Cameron Highlands, Pahang.
Program ini dijalankan oleh anggota kesihatan dan turut dibantu oleh sukarelawan yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli setempat yang telah dilatih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Aktiviti yang dijalankan bagi kanak-kanak 6 bulan sehingga 6 tahun di kawasan setempat dengan pemberian bahan makanan tambahan pemberian bagi kanak-kanak yang mengalami masalah kurang zat makanan (KZM) dan program memperkasakan kesihatan komuniti dengan mengajar Masyarakat Orang Asli cara pengambilan makanan yang berkhasiat.
Disamping itu, saringan kesihatan turut diadakan bagi memberi peluang kepada Masyarakat Orang Asli dikampung Cheros Pos Telanok memeriksa tahap kesihatan mereka. Program tersebut diserikan lagi dengan beberapa pertandingan seperti menyumpit, gubahan makan, mewarna dan pertandingan rumah bersih.
Kemaskini Terakhir : 6 / 10 / 2020 12:00 AM