Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS), Kempen Kesedaran Vaksin Covid-19 Anjuran Jabatan Penerangan Negeri Selangor dengan kerjasama JAKOA Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor

11.04.2021- Kampung Orang Asli Serigala, Hulu Bernam, Hulu Selangor. Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS), Kempen Kesedaran Vaksin Covid-19 Anjuran Jabatan Penerangan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor.
 
Program ini diadakan bersempena dengan Program Imunisasi Kebangsaan menggalakkan pendaftaran vaksin Covid-19 khususnya dari komuniti Orang Asli yang tiada liputan talian telefon dan internet. Antara aktiviti yang dijalankan:-
 
– Ceramah Kempen Kesedaran Vaksin Covid-19 dari Pejabat Kesihatan Daerah.
– Sesi Penerangan Pendaftaran Vaksin Covid-19 dari Jabatan Penerangan Negeri Selangor.
– Ceramah Kebersihan Diri dan Kesihatan Keluarga dari Pejabat Kesihatan Daerah.
 
Program telah dirasmikan oleh Tuan Ali Bin Suhaili, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor dan turut dihadiri En. Zainul Adnan Bin Zainal Abidin, Pengarah JAKOA Negeri Selangor, Pn. Siti Rohana Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Selangor, En. Azri A/L Satun Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Hulu Selangor, Pegawai Penerangan Daerah Hulu Selangor, Kakitangan Jabatan Penerangan serta penduduk Kampung Orang Asli Serigala.
 
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan
Jabatan Penerangan Negeri Selangor
 
Kemaskini Terakhir : 12 / 05 / 2021 12:05 AM