Program Kursus Quick Win Kerjaya JAKOA Negeri Sembilan & Melaka

JELEBU, 22 Mei – JAKOA Negeri Sembilan Melaka dengan kerjasama Kolej Komuniti Jelebu telah berjaya mengadakan Program Kursus Quick Win Kerjaya bagi masyarakat Orang Asli dari sekitar daerah Jelebu.
 
Kursus yang berlangsung selama 2 hari tu menawarkan Kursus Asas Andaman dan Kursus Asas Pendawaian yang disertai seramai 60 orang peserta dari beberapa KOA di daerah Jelebu.
 
Penyampaian sijil peserta disampaikan oleh Pensyarah Kolej Komuniti Jelebu, Puan Wan Nadirah binti Rosli.
 
Semoga dengan ilmu baru, kita semua akan lebih maju serta berdaya saing.
Tahniah bagi semua peserta!!
 
Kemaskini Terakhir : 23 / 07 / 2022 11:47 PM