Program Lawatan Kerja KP JAKOA Ke Pejabat JAKOA OAOSC, Bawong

PROGRAM LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JAKOA KE PEJABAT JAKOA ONE STOP CENTRE (OAOSC) BAWONG, SUNGAI SIPUT DAN LAWATAN KE POS ORANG ASLI, KUALA MU, PERAK.
 
Sungai Siput, 13 Oktober 2021 – Program Lawatan Kerja, Ketua Pengarah JAKOA, Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor ke One Stop Centre (OAOSC) Bawong dibawah seliaan JAKOA Negeri Perak & Kedah. Program ini dimulakan dengan taklimat yang telah disampaikan oleh En. Hairul Nizam Bin Abd Rahman, Pengarah JAKOA Negeri Perak & Kedah.
 
Di dalam program ini juga, sesi penyerahan peralatan pasar niaga telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKOA dan lawatan diteruskan di sekitar OAOSC. Ketua Pengarah JAKOA turut melanjutkan Lawatan ke Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, sungai Siput, Perak.
 
Turut hadir sama didalam program ini adalah Timbalan Ketua Pengarah, En. Saiful Zahlan Bin Muhammad Azmi (Perancangan dan Pengurusan).
 
Kemaskini Terakhir : 14 / 10 / 2021 08:12 AM