Program Literasi Fungsian Orang Asli (PLFOA) Kampung Orang Asli Sungai Kejar Gerik

4 Oktober 2020, Kampung Orang Asli Sungai Kejar Gerik – PROGRAM LITERASI FUNGSIAN ORANG ASLI (PLFOA)
Pihak JAKOA Negeri Perak turut bekerjasama dengan pihak RISDA telah memberi sumbang seperti makanan ringgan dan pemberian baju t-shirt kerjasama antara pihak JAKOA Negeri Perak bersama pihak KEMAS sempena menyambut Program Literasi Fungsian Orang Asli (PLFOA).
Seramai 14 orang pelajar kanak-kanak tabika Orang Asli yang berumur dari 3-6 tahun telah menerima sumbangan berbentuk beg sekolah dan peralatan sekolah yang telah disediakan oleh pihak Yayasan Pelajaran MARA (YPM).
Pihak KEMAS turut menyumbang buku pembelajaran kepada pelajar orang dewasa seramai 24 Orang Asli. Sekolah dewasa telah ditubuhkan di Kampung Orang Asli Sungai Kejar untuk memberi penerapan kemahiran kepada 3M (membaca,mengeja dan menulis) dalam kalangan Orang Asli yang telah tercicir dari segi pendidikan.
Turut hadir Pengarah JAKOA Negeri Perak, Tuan Harulnizam bin Abd Rahman, CEO RISDA, Pengarah KEMAS Negeri Perak, Peng.Pegawai KEMAS Putrajaya dan pegawai dari agensi-agensi yang terlibat.
Kemaskini Terakhir : 6 / 11 / 2020 12:00 AM