Program Literasi Fungsian Orang Asli (PLFOA)

HULU SELANGOR, 20 Julai 2022 – Seramai 25 orang peserta mengikuti Program Literasi Fungsian Orang Asli (PLFOA) yang diadakan di Tabika Kemas Kampung Orang Asli Gerachi Jaya yang telah bermula pada 20 Julai 2022.
 
Program Literasi Fungsian Orang Asli (PLFOA) adalah satu program membasmi masalah buta huruf yang bermatlamat meningkatkan tahap literasi di luar bandar dan pedalaman melalui 3M (Membaca, Menulis, dan Mengira) ke arah meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Program ini menyasarkan Orang Dewasa, Belia – Beliawanis, Remaja yang tercicir daripada Pendidikan Formal.
 
Peserta yang terlibat akan mengikuti sesi pembelajaran selama sembilan (9) minggu dan dikendalikan oleh Pemaju Masyarakat Tabika selaku tenaga pengajar.
 
Sumber : JAKOA Daerah Hulu Selangor
Kemaskini Terakhir : 1 / 09 / 2022 11:06 PM