Seksyen PMK, JAKOA Negeri Pahang telah melaksanakan Program Make Over Village (MOVe) di Perkampungan Orang Asli Gadak, Muadzam Shah pada 24-25 Jun 2023.
ย
Program ini telah menggabungkan beberapa skop program dalam satu pelaksanaan seperti berikut:
i. Skop Pemantapan Kepimpinan Kampung Orang Asli – Program Kampungku Bersih
ii. Skop kelas komuniti โ Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK)
iii. Skop Outreach Kemahiran/ Kejaya/ Pendidikan- Program Quick Win- TVET Insitu
ย
Program ini telah berjaya menyuntik semangat bekerjasama di kalangan masyarakat Orang Asli khususnya di Kampung Orang Asli Gadak dalam merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pemerkasaan komuniti.
ย
Selain dapat memberi kesedaran dalam menjaga kebersihan dan keceriaan kampung, masyarakat Orang Asli juga berpeluang meningkatkan pelbagai kemahiran yang bersesuaian dengan kesejahteraan hidup individu, keluarga dan masyarakat.
ย
Antara aktiviti yang dijalankan:
1. Gotong-royong Kebersihan dan Keceriaan
2. Beauty & Basic Makeup Workshop
3. Basic Menโs Haircut Workshop
4. Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK)
5. Pertandingan Karaoke
6. Sukaneka
7. Pertandingan Pakaian Beragam (kanak-kanak)
8. Cabutan Bertuah
ย
Terima kasih dan tahniah KOA Gadak! Awesome 





ย