Program Memperkasa Community Surveillance (CS) Serta Penyerahan Set Bakul Makanan Kepada Masyarakat Orang Asli.
.
YB Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri I, Pembangunan Luar Bandar hadir menyampaikan 69 unit bakul makanan kepada Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kg Orang Asli Gepai dan Kg Orang Asli Chang, Bidor, Perak.
.
Bantuan sebanyak 69 unit bakul makanan kepada Warga Emas dan OKU di perkampungan ini adalah berdasarkan persetujuan di antara JAKOA Negeri Perak dan Batin Kampung Chang pada 28 Januari 2021.
.
JAKOA turut menasihatkan penduduk kampung untuk meneruskan aktiviti ekonomi sepanjang tempoh PKP mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
.
JAKOA akan membantu masyarakat Orang Asli yang memerlukan khidmat untuk mendapatkan bekalan makanan dan menjalankan aktiviti ekonomi.
@jakoamalaysia @abdulrahmanp079