Program Menyemai Kesedaran Ilmu Zon Chenderiang Di Dewan Komuniti Chenderiang, Perak

19 September 2020 ( Sabtu ), Dewan Komuniti Chenderiang – Unit Pendidikan JAKOA Daerah Batang Padang & Muallim telah menganjurkan Program Menyemai Kesedaran Ilmu Zon Chenderiang dalam memberi pendedahan kepada Komuniti Orang Asli di kawasan berkenaan akan pentingnya pendidikan.
Program ini khusus kepada semua golongan termasuk Tok Batin Jawatankuasa pengurusan keselamatan kemajuan kampung OA JPKKOA, Ibu Bapa & Pelajar Orang Asli. Seramai 210 masyarakat Orang Asli yang telah hadir dalam program berkenaan dengan kehadiran dari Kampung Sg Genting , Sg Chinchin, Sg Lerek, Lata Kinjang, Dusun Seratus, Sg Lah, Sg Bindu, Sg Bilek dan Sg Landor.
Majlis Dihadiri Pegawai JAKOA Daerah Batang Padang & Muallim, Encik Anuar Bin Shafie. Manakala penceramah terdiri daripada Kathy a/p Bah Takoi ( Asyik FM ), Faizal bin Angah ( Manager Bank di KL ), Cikgu Zaidi bin Bah Kapak @ Ramli ( Guru SMK Chenderiang ) & Cikgu Salmah binti Ahmad ( Kaunselor SMK Chenderiang )
Kemaskini Terakhir : 20 / 10 / 2020 12:00 AM