Program Outreach Vaksinasi Dos Penggalak (Booster Dose) Orang Asli, Daerah Hulu Langat

HULU LANGAT, 26 Januari 2022 – Program Outreach Vaksinasi Dos Penggalak (Booster Dose) telah diadakan di Kampung Orang Asli (KOA) Kuala Pangsun.

Program yang dianjurkan JAKOA dengan kerjasama Hospital Orang Asli Gombak telah disambut baik oleh Masyarakat Orang Asli.
 
Seramai 165 orang penduduk Kampung Orang Asli Kuala Pangsun telah hadir menerima suntikan dos penggalak bagi program imunisasi COVID19.
 
Syabas diucapkan kepada penduduk yang hadir dan menerima suntikan dos penggalak.
 
Pihak JAKOA merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini.
 
Sumber : JAKOA Hulu Langat.
 
Kemaskini Terakhir : 27 / 02 / 2022 05:30 PM