Program “Outreach” Vaksinasi Masyarakat Orang Asli Di Wilayah Kesedar

PROGRAM “OUTREACH” VAKSINASI MASYARAKAT ORANG ASLI DI WILAYAH KESEDAR.
 
11 Julai 2021 – Seramai 230 masyarakat Orang Asli di Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan menerima vaksin Covid-19 jenis Sinovac.
 
Program vaksinasi yang diadakan di Dewan Jubli Perak, RPS Kuala Betis turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri 1 KPLB, YBhg. Dato’ Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus (KSU KPLB), YBhg. Tuan Nik Muhammad Abduh bin Nik Abd Aziz (Pengerusi KESEDAR) serta Tuan Mohd Zamri bin Mustajap (TKP JAKOA).
 
Peningkatan peratusan masyarakat Orang Asli yang bersetuju menerima vaksin ini membuktikan bahawa masyarakat kita semakin terbuka dan telah menerima maklumat berkenaan vaksin daripada sumber yang benar.
 
Kemaskini Terakhir : 11 / 07 / 2021 12:59 PM