Program Pasca Banjir Kawasan Angkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Daerah Bentong Pahang

31 Disember 2021- 02 Januari 2022 (Jumaat-Ahad), Bentong – Seramai 50 orang sukarelawan daripada JAKOA Malaysia, JAKOA Pahang, JAKOA Daerah Bentong dan JAKOA Pahang Volunteer Team (JPVT) telah menyertai misi bantuan pasca banjir di Kampung Karak Setia, Pahang.
 
Seramai kira-kira 700 orang sukarelawan yang terdiri daripada kementerian dan agensi dibawah KPLB telah bergabung tenaga membersihkan rumah penduduk disana.
 
Pengarah JAKOA Pahang, JOhari bin Alwi bersama Timbalan Pengarah JAKOA Pahang, Ahmad Mazuki bin Salleh turut sama membanting tulang dalam menjayakan misi tersebut.
 
JAKOA PAHANG.
KE ARAH JABATAN BERINTEGRITI DAN BERINOVASI
 
Kemaskini Terakhir : 4 / 01 / 2022 06:10 PM