Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Program Pembayaran Dividen dan Penyerahan Bakul Makanan Kampung OA Sungai Kelewang serta Kampung OA Sungai Tiang

Tasik Banding, Gerik, 31 Januari 2020 – Jakoa Negeri Perak dan Kedah telah menganjurkan Program Pembayaran Dividen dan Penyerahan Bakul Makanan di dua buah perkampungan Orang Asli di sekitar Tasik Banding, Gerik iaitu Kampung Orang Asli Sungai Kelewang serta Kampung Orang Asli Sungai Tiang.
Program selama dua hari ini telah diketuai sendiri oleh tuan Pengarah, Tuan Harulnizam b. Abd Rahman serta Timbalan Pengarah, Puan Tijah bt Hasan. Di samping dapat menyampaikan bantuan kepada penduduk di sini, kehadiran Tuan Pengarah serta rombongan juga sedikit sebanyak telah membuka peluang kepada penduduk di sini untuk mengutarakan sebarang permasalahan di kampung selain mengeratkan silaturahim bersama warga jabatan.

Foto : PRO Jakoa Perak & Kedah

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Last Updated : 3 / 04 / 2020 01:37 AM