Program Pembekalan Bakul Makanan Fasa 5 kepada penduduk KOA Rangan dan KOA Jangap, Pos Sinderut, Kuala Lipis, Pahang

15.02.2020, Sabtu – Program Pembekalan Bakul Makanan Fasa 5 kepada penduduk KOA Rangan dan KOA Jangap, Pos Sinderut, Kuala Lipis, Pahang yang disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Bentong, En Zali Rami (mewakili Pengarah JAKOA Negeri Pahang) yang diiringi En Muzafar dan pihak pengurusan JAKOA Negeri. Turut serta ialah kumpulan sukarelawan persendirian yang dianggotai 4 orang dan diketuai oleh Puan Enaz. Seramai lebih 15 orang ahli JAKOA Pahang Volunteer Team – JPVT turun membantu menjayakan program kali ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Jumpa lagi pada fasa terakhir Program Pembekalan Bakul Makanan yang akan dijadualkan kemudian.

Kemaskini Terakhir : 3 / 04 / 2020 01:37 AM