Program Pemerkasaan Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Negeri Pahang Tahun 2023

15-16 Oktober 2023, Temerloh, JAKOA telah melaksanakan Program Pemerkasaan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Negeri Pahang 2023 bertempat di Hotel Sri Malaysia Temerlong Pahang.
 
Program ini telah melibatkan peserta seramai 36 orang yang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha JPKKOA Negeri Pahang. Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memperkasa fungsi dan peranan JPKKOA untuk terus memberi khidmat bakti kepada masyarakat Orang Asli di kawasan kampung masing-masing.
 
Diantara pengisian yang terdapat dalam program ini adalah slot penerangan mengenai status dasar pembangunan Orang Asli serta Akta 134 dan juga penerangan mengenai fungsi dan peranan JPKKOA bagi mencapai KPI yang telah disasarkan oleh JAKOA
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor. Dalam majlis ini juga, simbolik Penyerahan Bantuan ‘One Off’ kepada pengerusi & setiausaha JPKKOA Negeri Pahang dan Simbolik Penyerahan Pakaian Sekolah telah diserahkan kepada pelajar SK Paya Taram, Temerloh.
 
Turut hadir serta dalam program ini adalah Encik Johari Alwi, Pengarah JAKOA Pahang serta Guru Besar SK Paya Taram Temerloh, Cikgu Mohd Saniy bin Abdullah.
Kemaskini Terakhir : 6 / 11 / 2023 09:45 AM