Program Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Kampar di Kg. Orang Asli Kepayang dan Kg. Orang Asli Sat

Kampar, 26 September 2020 – Jakoa Daerah Kinta & Kampar dengan kerjasama Jakoa Negeri Perak & Kedah telah mengadakan Program Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli Daerah Kampar di Kg. Orang Asli Kepayang dan Kg. Orang Asli Sat pada 25 hingga 26 September 2020.
Pelbagai pengisian program telah diadakan di antaranya adalah penyampaian bakul makanan kepada 104 orang KIR, ceramah kesedaran Covid19, sukan rakyat serta sesi dialog bersama masyarakat Orang Asli di penempatan ini yang secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim warga Jakoa bersama penduduk kampung selain memberi peluang kepada penduduk kampung untuk mengutarakan segala pandangan dan permasalahan agar dapat diberi perhatian sebaiknya dari pihak Jakoa.
Kehadiran Pengarah Jakoa Perak & Kedah, Tuan Harulnizam b. Abd Rahman serta rombongan yang turut disertai Ketua Unit Ekonomi & Sosial, Puan Norizan bt Mohd Zain, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Kinta & Kampar, Encik Johari b. Zakaria, Ketua Unit Pembangunan Minda & Kebajikan Jakoa Perak, Cik Nor Laila Bt Johari serta kakitangan Jakoa Negeri dan Daerah memeriahkan lagi program selama dua hari ini.
Foto : Jakoa Kinta & Kampar
Kemaskini Terakhir : 28 / 10 / 2020 12:00 AM