Program Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli RPS Kemar, Hulu Perak

23 Januari 2020, RPS Kemar, Gerik – Kerajaan Negeri Perak melalui JAKOA Negeri Perak serta melalui kerjasama agensi-agensi seperti RISDA Plantation, Yayasan Perak, Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah mengadakan Program Pemimpin Bersama Masyarakat Orang Asli RPS Kemar, Hulu Perak.
Antara pengisian program pada kali ini adalah penyerahan bantuan bakul makanan, penyerahan bot, lawatan ke ladang Masyarakat bersama RISDA, dialog bersama Batin dan MPKKOA serta penyerahan sumbangan untuk OKU di sekitar RPS Kemar. Program pada kali ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Asmuni b. Awi, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, LUAR Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak.
Turut mengiringi beliau ke program ini ialah Encik Harulnizam b. Abd Rahman, Pengarah Jakoa Negeri Perak, Puan Tijah Bt Hasan, Timbalan Pengarah Jakoa Negeri Perak dan Kedah, Pengarah RISDA Negeri Perak, Pengurus Besar Yayasan Perak, Pegawai Khas Kepada Menteri Besar Perak, Encik Mohd Saad b. Ismail, Pegawai RISDA Daerah Hulu Perak, Wakil Jabatan Agama Islam Perak, Pegawai-Pegawai Kanan Jakoa Negeri dan juga Daerah.

Kemaskini Terakhir : 3 / 04 / 2020 01:37 AM