Program Pengambilan Dokumentasi Konstabel Pelatih PDRM (Lelaki /Wanita) Skim POA (Senoi Praaq) dan Skim Regular

7-8 April 2021, Muzium Orang Asli Gombak, Selangor – Program Pengambilan Dokumentasi Konstabel Pelatih PDRM (Lelaki /Wanita) Skim POA (Senoi Praaq) dan Skim Regular telah berjaya dilaksanakan selama 2 hari di perkarangan kawasan Muzium Orang Asli Gombak, Selangor.
 
Pengambilan ini dijalankan oleh Ibu Pejabat Batalion 3 Pasukan Gerakan Am PDRM, Bidor, Perak dengan kerjasama JAKOA Negeri Selangor, JAKOA Daerah Gombak dan Petaling serta penggunaan tempat temuduga pengambilan di Muzium Orang Asli Gombak. Temuduga dan saringan kesihatan serta fizikal para peserta dari kalangan Orang Asli berumur bermula 18 tahun hingga 28 tahun telah mendapat sambutan yang menggalakkan untuk penyertaan dalam pengambilan sekitar Negeri Selangor dan Kuala Lumpur khususnya.
 
Tahniah kepada calon-calon generasi pelapis yang berjaya dalam saringan awal ini untuk ke saringan seterusnya.
 

7-8 April 2021, Muzium Orang Asli Gombak, Selangor – Program Pengambilan Dokumentasi Konstabel Pelatih PDRM (Lelaki…

Posted by Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) on Thursday, April 8, 2021
Kemaskini Terakhir : 9 / 05 / 2021 12:13 AM