Program Peningkatan Kemahiran Kendiri Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KENDIRI MASYARAKAT ORANG ASLI NEGERI PAHANG – KURSUS GUNTINGAN DAN DANDANAN RAMBUT TAHUN 2020.
 
Pelbagai program telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan secara berperingkat untuk komuniti masyarakat Orang Asli termasuk program yang melibatkan peningkatan ekonomi. Untuk kali ini, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Pahang dengan kerjasama GIATMARA Negeri Pahang telah menganjurkan satu program Kursus Guntingan dan Dandanan Rambut yang berlangsung selama tiga(3) hari di Hotel Plaza Lipis dengan penglibatan peserta seramai 15 orang daripada kalangan belia dan beliawanis masyarakat Orang Asli dari Kampung Orang Asli Lenjang, Betau, Pantos, Koyan dan Sinderut. Kesemua peserta telah diberi taklimat kemahiran yang disumbangkan dari tenaga pakar Cikgu Anis dan Cikgu Bella Giatmara Pantai Sepat, Kuantan.
 
Faktor utama mengadakan kursus ini kepada masyarakat Orang Asli adalah disebabkan ia lebih menjimatkan kos kepada pengusaha tetapi mendatangkan pulangan yang lumayan kepada pendapatan kerana persaingan yang masih kurang. Juga dalam masa yang sama perkara ini dilihat sedikit sebanyak dapat mendidik masyarakat Orang Asli membina jati diri dalam sektor kemahiran untuk lebih berdaya saing dengan lain-lain kaum bagi meningkatkan ekonomi keluarga.
 
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar di dalam Majlis Santunan Budi Sandaran yang diadakan di Dewan Seri Budiman, MRSM Tun Ghazali Shafie, Lipis serta penyampaian sijil kursus kemahiran tersebut. Turut hadir sama Pengarah KPLB Pahang, Dato’ Mohd A Aruwan bin Ab Aziz, Exco Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato’ Abd Aziz bin Haji Mat Kiram, Pengarah JAKOA Pahang Tuan Johari bin Alwi, Pengarah MARA Pahang YM Raja Sarimah binti Raja Jamaluddin serta pengarah agensi-agensi lain di bawah KPLB.
 
Pihak JAKOA mengucapkn jutaan terima kasih kepada pihak UD KPLB , KPLB Pahang, Mara & Giatmara serta semua yang terlibat menjayakan program ini di atas bantuan & kerjasama yang diberikan.
 
JAKOA PAHANG
KE ARAH JABATAN BERINTEGRITI DAN BERINOVASI
 
Kemaskini Terakhir : 2 / 01 / 2021 12:00 AM