SEPANG, 21 April 2022 – Penghantaran dan penyerahan KIOSK WarungDesa@KPLB kepada dua (2) orang Usahawan Orang Asli di Kampung Orang Asli Kolam Air Bangkong, Sepang. Penerima bantuan, Pn. Norzila binti Abu Hassan mengusahakan Gerai Burger dan Pn. Nur Zuzuianira binti Kamarudin mengusahakan Gerai Boba.
Objektif program adalah pemberian bantuan peralatan kumpulan B40 di luar bandar bagi meningkatkan pendapatan semasa dan seterusnya keluar daripada zon kemiskinan.
Turut hadir dalam penyerahan tersebut wakil dari KPLB En. Muhammad Azrin Bin Ahmad, En. Mohamad Faisal Hafiz bin Mohamed Ramli dan En. Mohamed Rasaki Bin Abdul Majid, PKOAD Sepang.
Sumber : JAKOA Daerah Sepang.