Program Penyampaian Pembayaran Dividen Usahawan OA

PROGRAM PENYAMPAIAN PEMBAYARAN DIVIDEN TANAMAN SEMULA KOMERSIAL (TSK) SERTA PENYERAHAN BANTUAN PERALATAN KOPERASI KEPADA USAHAWAN ORANG ASLI.
 
Pulau Banding, Grik Perak, 23 Oktober 2021 – JAKOA Ibu Pejabat dengan kerjasama JAKOA Perak/Kedah telah melaksanakan Program Pembayaran Dividen Taman Semula Komersial di dua buah Kampung Orang Asli Hulu Perak iaitu di Kampung Orang Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang Asli Sungai kejar dalam tempoh lawatan selama dua hari.
 
Pada Hari pertama pihak JAKOA telah membuat lawatan ke Kampung Orang Asli Sungai Tiang, pembayaran dividen dalam bentuk wang tunai ini telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JAKOA, Yang Berbahagia Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd Nor. Didalam program ini juga penyampaian peralatan aset seperti peralatan ICT , Kit Kecemasan, Strectcher, mesin pemotong rumput, dan generator telah diserahkan untuk kegunaan Koperasi Orang Asli Kg. Sungai Tiang.
 
Program diteruskan dengan penyerahan bot kepada usahawan bagi membangunkan ekonomi dikalangan masyarakat orang Asli Sungai Tiang.
 
Di sebelah petang, program diteruskan dengan lawatan ke Akekchep Sungai Tiang yang terkenal dengan pusat santuari Ikan Kelah dan Ikan Tengas yang telah diusahakan oleh Encik Hadi iaitu usahawan tempatan dikalangan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Tiang.
 
Ketibaan rombongan JAKOA telah disambut Tuan Haji Shahril dari Tenaga Nasional Research.
 
Beliau merupakan orang yang merangka projek pembangunan Akekchep dengan kerjasama dari Koperasi Orang Asli Sungai Tiang. Buat masa ini, Akekchep telah ditutup untuk orang ramai bagi proses menaiktaraf kemudahan seperti tempat tinggal yang diuruskan oleh Tenaga Nasional Research, Perbadanan Taman Negeri dan Koperasi Orang Asli Sungai Tiang.
 
Hari kedua lawatan diteruskan dengan pembayaran dividen TSK kepada 18 orang penerima di Kampung Hulu dan Kampung Hilir Sungai Kejar. Ketua Pengarah juga sempat berbual dengan Batin setempat untuk menaik taraf kemudahan asas di kampung tersebut.
 
Turut hadir sama lawatan kerja ini adalah En Harulnizam bin Abdul Rahman, Pengarah JAKOA Negeri Perak/Kedah, Encik Hidayat Bin Ramlee , Pegawai Pertanian dari seksyen ekonomi Bahagian Pembagunan dan Sosioekonomi serta Cik Geneyieve Inta Anak Simoh, Penolong Pegawai Tadbir dari Seksyen Ekonomi Bahagian Pembangunan dan Sosioekonomi JAKOA.
 
Kemaskini Terakhir : 2 / 11 / 2021 04:35 PM