Program Penyampaian Sumbangan Kit Makanan kepada Warga Orang Asli Daerah Jasin Tahun 2020

Program Penyampaian Sumbangan Kit Makanan kepada Warga Orang Asli Daerah Jasin Tahun 2020

Kredit : En Azmi Sukene (JAKOA Melaka)

JASIN, 12 September 2020 – Sebanyak 284 Kit Makanan sumbangan Persatuan Bulan Sabit Negeri Melaka diagihkan kepada penduduk Orang Asli di enam buah perkampungan Orang Asli Daerah Jasin.
Majlis penyerahan kit makanan kepada Tok Batin -Tok Batin yang mewakili enam kampung disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka ,YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali yang diadakan di Kampung Orang Asli Lubuk Bandung.
YAB Ketua Menteri mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Negeri Melaka dan daerah diatas usaha yang amat bermakna membantu golongan yang terkesan akibat PKP bersama-sama barisan hadapan yang lain membantu mengagihkan segala bentuk keperluan.
Hadir sama majlis ini,YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Ahli Parlimen Jasin, YB. Datuk Wira Hj. Ghazale bin Mohamad, ADUN Rim, Datuk Anis bt Ali Hasan, Pegawai Daerah Jasin dan Pn Shahrani bt Idderis, Pengarah JAKOA Negeri Sembilan dan Melaka.
Kemaskini Terakhir : 14 / 10 / 2020 12:00 AM