Program Promosi Kesihatan Pergigian Orang Asli

JELEBU, 10 Mac 2022 – Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Daerah Jelebu telah menjalankan Program Promosi Kesihatan Pergigian bagi masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Bertam dekat sini.
 
Program Pejabat Pergigian Daerah Jelebu dengan kerjasama JAKOA Daerah Jelebu bertujuan membolehkan masyarakat meningkatkan kawalan ke atas penentu kesihatan pergigian dan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian dalam kalangan Orang Asli khasnya di Daerah Jelebu.
 
Diantara aktiviti sepanjang program diadakan seperti ceramah dan Pendidikan kesihatan pergigian yang merangkumi pengesanan awal penyakit pra-kanser dan kanser mulut serta Latihan memberus gigi bagi kanak-kanak.
 
Kemaskini Terakhir : 10 / 04 / 2022 12:00 AM