Program Quick Win-TVET Insitu Modul Outreach : Kursus Asas Gunting Rambut

GUA MUSANG, 22 Mei – JAKOA dengan kerjasama Kolej Komuniti Kok Lanas telah menganjurkan Program Quick Win-TVET Insitu Module Outreach: Kursus Asas Gunting Rambut untuk belia dan beliawanis Orang Asli bertempat di SK Balar.
Program ini mendapat sambutan hangat dan menggalakkan dengan penyertaan melebihi kuota yang telah ditetapkan. Peserta yang berjaya menamatkan kursus juga dihadiahkan satu set mesin menggunting rambut selain sijil penyertaan.
Hadir sama bagi menjayakan program tersebut ialah Tuan Haji Shafie bin Abas, Pengarah JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu serta En. Azman bin Ngadiron, PKOAD Gua Musang.
Perjalanan pergi dan balik terpaksa melalui jalan Kuala Betis-Pos Hau-Pos Balar akibat kejadin tanah dan culvert runtuh di Kampung Tendrik, Pos Bihai.
 
Kemaskini Terakhir : 23 / 07 / 2022 11:31 PM