Program Ramah Mesra KP JAKOA Malaysia Bersama Tok-Tok Batin OA Daerah Batang Padang dan Daerah Perak Tengah & Hilir Perak

Jakoa Daerah Batang Padang & Muallim, 29 November 2019 – Telah diadakan Program Ramah Mesra Ketua Pengarah JAKOA Malaysia Bersama Tok-Tok Batin Orang Asli Daerah Batang Padang dan Daerah Perak Tengah & Hilir Perak Tahun 2019.
Perjumpaan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada batin-batin mengutarakan permasalahan dan cabaran-cabaran yang dihadapi selain berkongsi pandangan dalam usaha memperoleh jalan penyelesaian. Selain itu, pertemuan ini juga turut menyaksikan penyerahan Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada Tok Batin melalui peruntukan bajet 2018/2019 yang telah diumumkan oleh pihak Kerajaan Negeri yang lalu. Peruntukan yang telah diperuntukkan untuk semua Tok Batin Negeri Perak adalah sebanyak RM177, 240.77 di mana setiap Tok Batin akan menerima RM1000 setiap seorang.
Hadir sendiri menyempurnakan program pada hari ini ialah Ketua Pengarah JAKOA Malaysia, Y. Bhg. Prof. Dr. Juli Edo. Turut hadir mengiringi belia ialah Pengarah Jakoa Negeri Perak Dan Kedah, Encik Harulnizam b. Abd Rahman, PKOAD Batang Padang & Muallim, Cik Siti Kamariah bt. Kamaruddin, PKOAD Perak Tengah & Hilir Perak, Encik Ahmad Idros b. Ibrahim, Ketua Unit PMK Jakoa Perak, Cik Nor Laila Johari serta Kakitangan-Kakitangan Jakoa Negeri dan juga Daerah.

Kredit Foto : ANUAR Z

#jakoamalaysia
#tugasmulia
#PilihPerpaduan
#ChooseUnity
#ஒற்றுமையைநாடுங்கள்
#YoqCekPerpaduan

Kemaskini Terakhir : 3 / 12 / 2019 05:19 PM