RPS Kemar, Hulu Perak @ 12-13/8/2022(Jumaat-Sabtu) : Program Sambutan Hari Orang Asli Peringkat JAKOA Negeri Perak dan Kedah telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Hajah Sapiah Binti Dato’ Mohd. Nor, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar. Pgrm ini juga turut dihadiri dengan kehadiran En.Harulnizam Bin Abd Rahman (Pengarah JAKOA Negeri Perak dan Kedah) Pn.Sazana Binti Aman(Guru Besar SK RPS Kemar), 15 Batin/Penghulu Orang Asli bagi Kampung-Kampung Orang Asli dlm RPS Kemar, Asyik FM, GiatMARA Perak, Unit Cawangan Khas Polis Daerah Gerik, para urusetia JAKOA IbuPejabat, JAKOA Negeri, JAKOA Daerah Hulu Perak/Balik, JAKOA RPS Kemar dan para penduduk Orang Asli RPS Kemar.
Kehadiran penyertaan penduduk RPS Kemar yang sangat meriah dan amat menggalakkan dengan bilangan yang ramai di dalam program sambutan ini telah memberikan gambaran suasana yg ceria dan sokongan padu terhadap manifestasi dalam menyemarakkan semangat warisan, kebudayaan, keseniaan, warisan adat dan perpaduan Masyarakat Orang Asli di Malaysia serta bersama dengan aspirasi Keluarga Malaysia selari dengan inapirasi kepimpinan Kerajaan, Kementerian dan JAKOA pada masa kini.
Program ini adalah antara siri pertama jelajah Sambutan Hari Orang Asli peringkat JAKOA pada tahun ini yang dimulai di RPS Kemar, Hulu Perak di mana telah dianjurkan oleh JAKOA Negeri Perak dan Kedah. Antara acara yang diadakan pada program sambutan ini ialah beberapa acara sukan perpaduan Orang Asli seperti pertandingan menyumpit, bola sepak, bola jaring.. Selain itu, aktiviti persembahan centong, tarian sewang dan demo masakan tradisi Orang Asli adalah turut dipersembahkan di dalam program ini.
Selain itu, kursus TVET InSitu Orang Asli : Kursus Gunting Rambut turut diadakan di dlm pgrm ini yanh dikendalikan oleh tenaga pengajar dan pembantu jurulatih dari GIATMARA Perak kepada seramai 13 Pelatih Kursus Orang Asli dari RPS Kemar.
Program ini juga turut menampilkan persembahan tiupan seruling bertemakan keindahan alam oleh En.Kamel a/l Alang, Pengerusi JPKKOA RPS Kemar & persembahan nyanyian suara merdu peserta wakil nasyid peringkat kebangsaan oleh Adik Amir bin Sisi, Murid Orang Asli SK RPS Kemar.
Sepanjang program ini, KP JAKOA bersama dgn beberapa urusetia JAKOA & penduduk kampung telah melakukan _walkabout_ jelajah mesra penduduk dan sekitar tempat di RPS Kemar di antaranya menziarahi dan menyampaikan set bakul makanam kepada wakil keluarga mangsa yang diserang gajah, meninjau tempat operasi gajah di bilik gerakan Jabatan Perhilitan-JAKOA di Dewan Orang Ramai RPS Kemar, perbincangan dengan warga pentadbiran dan guru SK RPS Kemar, perbicangan TSK Ladang bersama dgn Pengurus Besar Rissa Plantation Sdn.Bhd. (RPSB) dan perbincangan tertutup bersama 15 Batin/Penghulu Orang Asli RPS Kemar.
Semoga program ini adalah sebagai medium wacana bagi pertairkan perpaduan Masyarakat Orang Asli di samping mempromosikan keseniaan, kebudayan dan warisan adat Orang Asli dalam masyarakat arus perdana sama ada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.