Program Saringan “Mobile Chest X-Ray” Penyakit Tibi (Tuberkulosis) Di Kampung Orang Asli Air Dusun

PROGRAM SARINGAN “MOBILE CHEST X-RAY” PENYAKIT TIBI (TUBERKULOSIS) DI KAMPUNG ORANG ASLI AIR DUSUN
Kredit :
Azmi Sukene
ALOR GAJAH, 17 Oktober 2020 – Penyakit tibi disebabkan oleh Mycobacterium Tuberculosis merupakan penyumbang utama kematian bagi penyakit berjangkit di Malaysia sebanyak 1,603 kematian yang direkodkan pada 2014. Sebagai kawalan saringan secara sistematik bagi mengesan penyakit Tibi yang aktif di kalangan golongan berisiko tinggi perlu dilaksanakan.
Memandangkan penyakit ini mudah tersebar dan menjangkiti manusia, Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah, Melaka dengan kerjasama JAKOA Negeri Melaka telah mengadakan Program “Saringan Chest X-Ray” Penyakit Tibi di Kampung Orang Asli Air Dusun. Program ini menyasarkan seramai 150 orang penduduk untuk melakukan saringan penyakit Tibi.
Kemaskini Terakhir : 21 / 11 / 2020 12:00 AM