Portal Rasmi
JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah

Jabatan Kemajuan Orang Asli

Program Sentuhan Harapan Mekar Johor @Kluang

KLUANG – Yayasan Petronas dengan kerjasama Jakoa Negeri Johor dan Yayasan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) telah menjayakan Inisiatif Solar di Kampung Orang Asli Berasau.
 
Inisiatif ini dapat dimanfaatkan oleh 19 keluarga yang tinggal di kampung tersebut yang mana juga boleh menjimatkan RM450 sebulan yang dibelanjakan untuk generator diesel.
 
Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, YB Vidyanathan a/l Ramanadhan dan turut dihadiri oleh En. Faisal bin Long, Pengarah JAKOA Negeri Johor bersama En. Mohd Yazid bin Beram, PKOAD Kluang.
 
Last Updated : 7 / 12 / 2021 08:09 AM