18 Ogos 2020-
Program Sewang di kampung Aring 5 dihadiri Oleh Adun Paloh, YB Amran Ariffin, Pegawai Kesihatan Daerah Gua Musang Dr. Muhd Rafiq bin Mohd Kasri, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Gua Musang, En. kerisman bin Hasbullah serta Agensi-agensi awam.
Program ini dianjurkan oleh pihak Sinar Harian dengan kerjasama Pejabat YB Adun Paloh, JAKOA Negeri Kelantan dan Terengganu serta Pejabat Kesihatan Negeri Kelantan. Pihak Sinar Harian juga sedang menyiapkan dokumentari khas Sinar Harian serta penggambaran yang dijalankan di sekitar kampung Aring 5 dan Kampung Kuala koh, Pos Lebir.