PROGRAM SKIM INSENTIF SOKONGAN KOPERASI (SISKOP) 2023

OBJEKTIF

  • Mengurangkan bebanan kewangan koperasi Orang Asli untuk meningkatkan produktiviti dan penghasilan output melalui pemberian bantuan input / peralatan yang bersesuaian;

  • Memberi peluang kepada koperasi mendapatkan bantuan peralatan / input bagi menceburi projek-projek ekonomi yang mampu memberikan pulangan yang tinggi;

  • Menyediakan platform kepada koperasi Orang Asli bersaiz mikro dan kecil sebagai booster untuk menaik taraf koperasi kepada kluster yang lebih baik; dan

  • Memperkasa koperasi Orang Asli sebagai agen yang menguruskan projek / program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli.

SYARAT PERMOHONAN

  • Koperasi Orang Asli (sekurang-kurangnya 70% ahli koperasi terdiri daripada masyarakat Orang Asli dan sekurang-kurangnya 70% ahli lembaga koperasi terdiri daripada masyarakat Orang Asli);
  • Pendaftaran koperasi sah dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia;

  • Pengurusan koperasi yang memuaskan dan mematuhi Akta Koperasi 1993 (pindaan 2007);

  • Koperasi bebas daripada disenarai hitam oleh mana-mana agensi kerajaan atau institusi kewangan yang sah;

  • Koperasi memperoleh kebenaran/kelulusan bertulis daripada pihak berkuasa berkaitan bagi melaksanakan aktiviti ekonomi di atas tanah yang tidak diwartakan sebagai Kawasan Orang Asli (Seksyen 6 Akta 134) atau Rizab Orang Asli (Seksyen 7 Akta 134); dan

  • Koperasi mesti disyor dan disokong oleh Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah dan/atau Pejabat JAKOA Negeri

SKOP BANTUAN

Geran dengan nilai maksimum RM25,000.00 per koperasi (dalam bentuk peralatan atau input).

Senarai skop bantuan adalah seperti di lampiran.

KAEDAH PERMOHONAN

Koperasi yang berminat boleh memohon menggunakan Borang Permohonan Program SISKOP dan melampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan (seperti di lampiran). Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada Pejabat JAKOA Daerah dan seterusnya ke Pejabat JAKOA Negeri.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

28 APRIL 2023 (JUMAAT)

Kemaskini Terakhir : 6 / 04 / 2023 08:00 PM