Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) “Cerahi Kehidupan Bersama TOP” kepada 107 pelajar SK Pos Dipang

15 Januari 2021, Kinta –  Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) “Cerahi Kehidupan Bersama TOP” telah menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah sesi persekolahan bagi tahun 2021 kepada 107 pelajar SK Pos Dipang.
 
TOP juga menyumbang serbuk pencuci TOP Super Hygienic kepada 148 buah keluarga di KOA Pos Dipang Sumbangan ini telah disampaikan oleh wakil JAKOA Ibu Pejabat dan disertai JAKOA Negeri Perak dan Kedah dan JAKOA Daerah Kinta.
 
Turut hadir Bahagian Perancangan dan Penyelidilan, Cik Normaizatul Shima Bt Rosedi, Bahagian PMK JAKOA Ibu Pejabat, Pn. Rashidah Bt Yahaya, timbalan pengarah En. Khairul Annuar Bin Che Zakaria.
 
Kemaskini Terakhir : 18 / 02 / 2021 12:00 AM