Program Vaksinasi Covid-19 Kg OA Tanah Abang, Daerah Mersing, Johor

PROGRAM VAKSINASI COVID-19 DI KALANGAN PEMIMPIN MASYARAKAT ORANG ASLI DI KAMPUNG ORANG ASLI TANAH ABANG, DAERAH MERSING, JOHOR.
 
2 Julai 2021, Mersing – seramai 215 masyarakat Orang Asli menerima suntikan vaksin Covid-19 di Kampung Orang Asli Tanah Abang. 
 
Daripada jumlah tersebut, seramai 6 orang adalah penduduk Kampung Orang Asli Tanjung Tuan termasuk Tok Batin Kampung Tersebut.
 
YB Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar hadir meninjau program vaksinasi berkenaan yang diadakan di PPV Bas Bergerak MARA Liner serta dewan kampung berkenaan.
 
Turut hadir adalah KSU KPLB, YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus.
 
Kemaskini Terakhir : 2 / 07 / 2021 11:57 AM