Program Vaksinasi Covid-19 KOA Panchor, Daerah Jempol

PROGRAM VAKSINASI COVID-19 DI KALANGAN PEMIMPIN MASYARAKAT ORANG ASLI DI KAMPUNG ORANG ASLI PANCHOR, DAERAH JEMPOL, NEGERI SEMBILAN.
 
22 Jun 2021 (Selasa), Kampung Orang Asli Panchor, Jempol, Negeri Sembilan – Seramai 141 orang masyarakat Orang Asli menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kampung Orang Asli Panchor, Negeri Sembilan.
 
Daripada jumlah tersebut, seramai 133 orang adalah daripada Kampung Orang Asli Panchor, manakala 7 orang daripada Kampung Orang Asli Klebang dan seorang daripada Kampung Orang Asli Sungai Kelai.
 
Pada 23 Jun 2021 (Rabu), seramai 119 Orang Asli di Daerah Jempol ini akan mengambil suntikan vaksin, menjadikan jumlah keseluruhan untuk 2 hari ini adalah seramai 260 orang.
 
Peningkatan kadar masyarakat Orang Asli yang setuju menerima vaksin ini juga dapat dilihat setelah penubuhan Taskforce Covid-19 JAKOA yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri 1, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang sentiasa memikirkan dan melaksanakan beberapa kaedah supaya maklumat benar mengenai vaksin ini dapat diterima oleh mereka.
 
Kemaskini Terakhir : 22 / 06 / 2021 04:24 PM