Program Vaksinasi Masyarakat OA Taman Desa Kemandol

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐•๐€๐Š๐’๐ˆ๐๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐€๐’๐‹๐ˆ ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐ƒ๐„๐’๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐๐ƒ๐Ž๐‹.
ย 
21 Ogos 2021 – YAM Tengku Putri Datin Paduka Hjh Arafiah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah berkenan bercemar duli berangkat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di Kampung Orang Asli (KOA) Taman Desa Kemandol, Jenjarom, Kuala Langat hari ini yang melibatkan seramai 379 orang penerima vaksin.
ย 
YAM Tengku telah berkenan meluangkan lebih 30 minit untuk menyantuni para penerima vaksin serta meninjau sendiri fasiliti di PPV tersebut. YAM Tengku turut berbesar hati untuk menaja cenderahati (๐‘”๐‘œ๐‘œ๐‘‘๐‘–๐‘’๐‘  ๐‘๐‘Ž๐‘”) kepada semua penerima vaksin dan para petugas. Menjunjung kasih YAM Tengku.
ย 
Mengiringi YAM Tengku, Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar Arulanandam, Pengarah Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan JAKOA, Encik Azlan bin Mohamad dan Timbalan Pengarah JAKOA Selangor, Puan Dahlia a/p Permid.
ย 
Sehingga 20 Ogos 2021, seramai 51,998 masyarakat OA telah menerima suntikan dos pertama dan 24,077 telah lengkap suntikan dos kedua.
ย 
JAKOA akan melaksanakan usaha berterusan penganjuran Program ๐‘‚๐‘ข๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’๐‘Ž๐‘โ„Ž dan penerangan berkaitan kepentingan serta manfaat vaksinasi bagi memastikan sasaran imuniti kelompok dapat dicapai.
ย 
Kemaskini Terakhir : 21 / 08 / 2021 12:59 PM