Program Ziarah Ukhuwan Oleh Masjid Al-Imam Al-Ghazali

08 Disember 2021,Gombak – PROGRAM ZIARAH UKHUWAN oleh Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Surau An-Nur, Bandar Menjalara dan Surau Ansorullah dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah berlangsung di Kampung Orang Asli Ulu Batu, Ulu Yam, Gombak.
 
Penyampaian bakul makanan secara simbolik telah disempurnakan oleh Pengerusi Surau An-Nur, Bandar Menjalara yang juga Mantan Ketua Pengarah JAKOA Tuan Mohd Jamalludin Bin Kasbi, Pengerusi Masjid Al-Imam Al-Ghazali Tuan Rumaizi Bin Ahmad Sanusi dan Pengerusi Surau Ansorullah Tuan Hj. Zaid.
 
Turut hadir bersama menjayakan program tersebut PKOAD JAKOA Daerah Gombak & Petaling Pn. Rogayah binti Mamat, Tok Batin Mat Deli bin Moh, En. Mat Jais bin Baki Pengerusi JPKKOA serta barisan JPKKOA Kampung Orang Asli Ulu Batu.
 
Sumber : JAKOA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
 
Kemaskini Terakhir : 8 / 12 / 2021 10:40 AM