PROJEK BAIK PULIH JALAN PERHUBUNGAN DESA & PROGRAM PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI POS TUEL

Pos Tuel merupakan sebuah lagi perkampungan Orang Asli dalam daerah Gua Musang yang telah menerima projek baik pulih jalan perhubungan desa termasuk lain-lain projek pembangunan sosioekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup suku kaum Temiar di sini selain daripada melengkapkan infrastruktur serta ameniti sosial.
 
Program pembangunan sebegini juga bakal dilaksanakan di lain-lain lokasi di bawah peruntukan JAKOA, KPLB serta lain-lain agensi yang akan dilaksanakan secara berperingkat bergantung kepada kelulusan semasa dan peruntukan yang tersedia.
 
Bagi pos-pos pedalaman yang meliputi Pos Bihai, Pos Belatim, RPS Balar dan Pos Hau, Program Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli Gua Musang kini dalam proses pelaksanaan dan akan melibatkan pembinaan jalan perhubungan terlebih dahulu.
 
Kemaskini Terakhir : 21 / 12 / 2022 11:35 PM