Perumahan yang sempurna adalah impian semua lapisan masyarakat di Malaysia. Ia adalah di antara asas pertumbuhan keluarga bagi menjamin kehidupan yang lebih baik.
Kementerian Pembangunan Luar Bandar melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli menjalankan Projek Bantuan Rumah Orang Asli (PBROA), selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar.
Selain daripada membina rumah baru, JAKOA turut melakukan projek membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa.