Projek Infrastruktur & Kemudahan Awam Kampung Orang Asli Parit Gong, Jelebu

PROJEK INFRASTRUKTUR & KEMUDAHAN AWAM.
 
Kerja-kerja baik pulih tebing, jambatan, jalan dan lain-lain kerja berkaitan telah selesai dilaksanakan di mana ia bakal memberi manfaat kepada lebih 400 orang penduduk di KOA Parit Gong, Jelebu.
 
JAKOA NSM melalui Unit Pembangunan Sosio Ekonomi (PSE) telah berjaya merancang dan melaksanakan projek ini yang melibatkan kos keseluruhan sekitar RM63,000.00. Lokasi projek ini merupakan jalan perhubungan yang digunakan oleh penduduk kampung untuk ke kebun dan dusun mereka.
 
Semoga hasil daripada projek ini mampu memberi keselesaan kepada masyarakat dan komuniti setempat dalam menjalani rutin harian masing-masing.
 
Kemaskini Terakhir : 23 / 12 / 2020 12:00 AM