Projek Menaik Taraf Dan Menyediakan Kelengkapan Tabika Kemas JAKOA Di Perkampungan Orang Asli Di Negeri Sembilan Dan Melaka

PROJEK MENAIK TARAF DAN MENYEDIAKAN KELENGKAPAN TABIKA KEMAS JAKOA DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA.
 
Pada tahun ini sebanyak 7 buah Tabika KEMAS JAKOA di negeri ini telah dinaiktaraf bagi memberi keselesaan kepada guru dan murid dalam menjalani sesi pembelajaran yang lebih kondusif.
 
Senarai tabika yang terlibat dalam projek pada tahun 2020 ini adalah :
1. Tabika KOA Batu Peti (Jempol)
2. Tabika KOA Jeram Kedah (Seremban)
3. Tabika KOA Guntur (Kuala Pilah)
4. Tabika KOA Ulu Chembong (Rembau)
5. Tabika KOA Pabai (Rembau)
6. Tabika KOA Putra (Jelebu)
7. Tabika KOA Gapam Baru (Jasin)
 
Projek di bawah peruntukan JAKOA bagi Negeri Sembilan dan Melaka dengan nilai keseluruhan sekitar RM300,000.00 ini dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) meliputi kerja-kerja perpaipan dan saliran, pagar, bumbung, naik taraf kawasan dan fasiliti taman permainan kanak-kanak, mengecat bangunan, sanitari dan lain-lain lagi.
Kemaskini Terakhir : 16 / 12 / 2020 12:00 AM